Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT


Hari Keharmonian Kaum....

Pada 21 Julai 2010,hari ini di sekolah saya menyambut Hari Keharmonian Kaum. Pelajar-pelajar dan guru-guru mereka berpakaian tradisional. Ada pelajar-pelajar dan guru-guru melayu berpakaian baju tradisional cina dan india dan begitulah sebaliknya bagi kaum pelajar-pelajar dan guru-guru cina dan india. Di sekolah saya, mereka mengadakan pesta hari keharmonian kaum. Dalam pesta itu, ada sebuah kumpulan "band" sekolah saya mereka memainkan alat muzik itu. Lagu-lagu yang dimainkan oleh mereka amat hebat. Ada pelajar-pelajar juga yang menari. Apabila mereka menari, ia menarik perhatian pelajar-pelajar dan guru-guru yang lain.

Hari Keharmonian Kaum adalah hari untuk semua kaum menyambut bersama-sama. Ini kerana pada hari ini kita dapat mempelajari dan mengetahui tentang budaya kaum-kaum yang lain.Hari Keharmonian Kaum bagi saya ialah untuk mengingatkan kami Rakyat Singapura bahawa negara kami ini diperbuat oleh berbagai-bagai kaum. Hari ini juga untuk mengingatkan kami supaya saling menghormati kaum-kaum lain dengan agama mereka yang tersendiri. Singapura ini istimewa. Hari ini juga, membuat kami mengimbas kembali sejara yang telah berlaku. Pergadohan antara kaum melayu dan kaum cina dahulu. Singapura telah maju selama ini. Kita harus hargai negara dan dunia yang kami ada. Saling hormati satu sama lain adalah satu perkara yang penting bagi kita Rakyat Singapura.

Hari Keharmonian Kaum yang akan diraihkan di semua sekolah di Singapura pada tarikh 21 Julai.Pada Hari Keharmonian Kaum, pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah digalakkan berpakaian kaum lain.Seperti kaum Melayu,mereka berpakaian tradisonal Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India.

Tarikh 21 Julai dipilih sebagai hari keharmonian kaum kerana pada 21 Julai tercetus rusuhan kaum yang mengerikan yang menggugat keamanan negara Singapura.

Pada Hari Sukan Keharmonian Kaum ,para pelajar-pelajar diperkenalkan pelbagai permainan tradisional pelbagai kaum. Ia mengukuhkan keharmonian kaum di sekolah-sekolah dan memperkenalkan budaya melalui permainan tradisional kaum masing-masing. Program tersebut itu boleh ada aktiviti-aktiviti seperti bidang memasak, permainan tradisional seperti sepak takraw, layang-layang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment