Sunday, February 26, 2012

Entri 1 : Pengenalan

Pengenalan

Dikir barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tok Juara dan Tukang Karut. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan, ataupun orang-orang tertentu untuk mengumop. Dikir barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ia sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Asal-usul

a) Dikir Barat berasal dari selatan siam.

b) Dikir Barat berasal dari Pulau Tebu.

c) Dikir Barat berasal dari ciptaan Pak Leh Tepang.

[Dipetik dari www.dikirbarat.net/forum/sejarah-and-asal-usul/salasilah-dikir-barat/ ]

No comments:

Post a Comment