Monday, February 27, 2012

Entri 2 : Bagaimana dikir barat dipersembahkan?



AHLI KUMPULAN



Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang Karut, seorang juara dan beberapa orang awok-awok (Selalunya antara 15 ke 30 orang).






Tukang Karut



Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya kumpulan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.






Tok Juara



Tok juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, tok juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan), tapi masanya tidaklah lama, Tok juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.






Awok-Awok



Awok-awok ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awok-awok ini terdiri daripada muda mudi belasan tahu. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awok-awok. Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.









Sunday, February 26, 2012

Lagu Cenderawasih

Dikir Barat Cenderawasih

Entri 3: Lagu popular dikir barat "Cenderawasih"


Lirik Lagu "Cenderawasih"



Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur keturunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ranai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cederawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Entri 1 : Pengenalan

Pengenalan

Dikir barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tok Juara dan Tukang Karut. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan, ataupun orang-orang tertentu untuk mengumop. Dikir barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ia sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Asal-usul

a) Dikir Barat berasal dari selatan siam.

b) Dikir Barat berasal dari Pulau Tebu.

c) Dikir Barat berasal dari ciptaan Pak Leh Tepang.

[Dipetik dari www.dikirbarat.net/forum/sejarah-and-asal-usul/salasilah-dikir-barat/ ]