Asal-usul......
Kuda Kepang ialah tarian tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertentu di Malaysia. Dipercayai berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh imigren dari Indonesia. Mula bertapak di Johor dan berkembang ke negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung. Permainan Kuda Kepang diamalkan di negeri Selangor di daerah-daerah Bukit Ceraka Jeram, Tanjung Karang Pasir Panjang dan Sungai Nibong.
Jumlah pemain Kuda Kepang bergantung kepada guru dalam mengendalikan anak buahnya. Walau bagaimanapun, jumlah pemainya mestilah ganjil.
Permainan Kuda Kepang diiringan dengan bunyi-bunyian. Ada lima jenis peralatan muzik pengiring iaitu, bonang, kenong, gendang, gong, dan bedok. Selain alat muzik, terdapat juga peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini umpamanya patung kuda yang diperbuat daripada papan nipis atau anyaman rotan atau kulit lembu.
Dalam satu-satu permainan lengkap Kuda Kepang ia ada lima peringkat tarian. Peringkat pertama dinamakan "tarian permulaan permainan". Pada peringkat ini pemain akan mengadakan tarian sembah hormat kepada penonton. Peringkat kedua pula dinamakan "tarian pusing gelanggang". Peringkat ketiga dinamakan "tarian persembahan. Peringkat keempat dinamakan "tarian silang" dan peringkat kelima dinamakan "tarian lompat". Pada peringkat kelima pemain pula tidak sedar akan diri dan menjadi ganas. Sebaik sahaja gendang dihentikan pemain-pemain tidak lagi mempunyai panduan untuk bermain dan mereka serta-merta menjadi lemah.
Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam majlis-majlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu.
Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam majlis-majlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu.
Perasaan aku tentang kuda kepang....
Pada beberapa tahun dahulu, makcik aku menjemput aku dan sekeluarga aku ke berkhatan saudara aku. Makcik aku pun menjemput kumpulan kuda kepang iaitu PRABU ANGGERIK MERAH GEJULONG. Apabila aku menonton kuda kepang itu ia sungguh menarik dan ia menarik ramai perhatian orang. Aku suka akan tarian kuda kepang itu. Penari-penari dalam kumpulan itu amat lembut ketika mereka menari. Saya minati kumpulan kuda kepang itu.
Pada entri yang selanjutnya aku akan menunjukkan gambar-gambar kuda kepang iaitu kumpulan prabu anggerik merah gejulong.....
No comments:
Post a Comment