Sunday, July 25, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KE EMPAT BELAS


KATEGORI IDIOFON

Gong


Pengenalan: Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya.

Fungsi:
Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain:
Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KE TIGA BELAS

IDIOFON


Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Pada entri seterusnya, saya akan menunjukkan apa alat-alat muzik dalam kategori idiofon.....

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KE DUA BELAS

KATEGORI EROFON

Seruling

Pengenalan: Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang memetiknya.
Fungsi: Digunakan untuk memainkan muzik hiburan.
Cara Bermain: Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada permukaan atas seruling dan angin ditiupkan melalui lubang kecil pada pangkal bahagian atas.

Pada entri yang selanjutnya, saya akan menunjukkan apa itu idiofon.......

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEBELAS




Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Pada entri seterusnya, saya akan menunjukkan apakah alat-alat muzik dalam kategori erofon......

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEPULUH




Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Pada entri seterusnya, saya akan menunjukkan apakah alat-alat muzik dalam kategori erofon

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEMBILAN

KATERGORI MEMBRANOFON

Gendang Jawa
Pengenalan: Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing.
Fungsi: Digunakan untuk persembahan kuda kepang.
Cara Bermain: Gendang Jawa di palu dengan kedua belah tangan.

Kompang

Pengenalan: Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.
Fungsi: Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau
Cara Bermain: Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

Rebana Besar

Pengenalan: Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.
Fungsi: Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.
Cara Bermain: Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.

Pada entri selanjutnya, saya akan menunjukkan apakah erofon......

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN



MEMBRANOFON



Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.



Pada entri seterusnya, saya akan menunjukkan apakah alat-alat muzik dalam kategori membranofon.....

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETUJUH




Kategori Kordofon

Gambus

Pengenalan: Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi: Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain: Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Pada entri seterusnya, saya akan menunjuk apa itu membranofon.....

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM


KORDOFON

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Pada entri selanjutnya, saya akan menunjukkan apakah alat-alat dalam kategori kordofon.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA

Muzik Tradisional Melayu

Muzik tradisional ialah muzik oleh sesuatu kaum. ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Ada pelbagai jenis alat muzik tradisonal Melayu seperti gambus, gendang, kompang seruling, rebana dan sebagainya.

Pada entri seterusnya, saya akan memberitahu anda semua apakah jenis-jenis alat muzik tradisional Melayu. Sila pergi ke entri seterusnya.......Muzik Tradisional Melayu ada pelbagai bahagian iaitu kordofon, membranofon, erofon dan idiofon.

Pada entri seterusnya, saya akan menunjukkan apa itu kordofon.




Saturday, July 24, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA

VIDEO TARIAN KUDA KEPANG
KUMPULAN PRABU ANGGERIK MERAH




Gambar-gambar kuda kepang iaitu kumpulan prabu anggerik merah gejulong.....






Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA

Asal-usul......



KUDA KEPANG:
Kuda Kepang ialah tarian tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertentu di Malaysia. Dipercayai berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh imigren dari Indonesia. Mula bertapak di Johor dan berkembang ke negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung. Permainan Kuda Kepang diamalkan di negeri Selangor di daerah-daerah Bukit Ceraka Jeram, Tanjung Karang Pasir Panjang dan Sungai Nibong.
Jumlah pemain Kuda Kepang bergantung kepada guru dalam mengendalikan anak buahnya. Walau bagaimanapun, jumlah pemainya mestilah ganjil.
Permainan Kuda Kepang diiringan dengan bunyi-bunyian. Ada lima jenis peralatan muzik pengiring iaitu, bonang, kenong, gendang, gong, dan bedok. Selain alat muzik, terdapat juga peralatan lain yang digunakan dalam permainan ini umpamanya patung kuda yang diperbuat daripada papan nipis atau anyaman rotan atau kulit lembu.
Dalam satu-satu permainan lengkap Kuda Kepang ia ada lima peringkat tarian. Peringkat pertama dinamakan "tarian permulaan permainan". Pada peringkat ini pemain akan mengadakan tarian sembah hormat kepada penonton. Peringkat kedua pula dinamakan "tarian pusing gelanggang". Peringkat ketiga dinamakan "tarian persembahan. Peringkat keempat dinamakan "tarian silang" dan peringkat kelima dinamakan "tarian lompat". Pada peringkat kelima pemain pula tidak sedar akan diri dan menjadi ganas. Sebaik sahaja gendang dihentikan pemain-pemain tidak lagi mempunyai panduan untuk bermain dan mereka serta-merta menjadi lemah.
Tarian Kuda Kepang sering diadakan dalam majlis-majlis kenduru kahwin atau upacara-upacara tertentu untuk menyambut para pembesar yang mengunjungi daerah-daerah tertentu.
Perasaan aku tentang kuda kepang....

Pada beberapa tahun dahulu, makcik aku menjemput aku dan sekeluarga aku ke berkhatan saudara aku. Makcik aku pun menjemput kumpulan kuda kepang iaitu PRABU ANGGERIK MERAH GEJULONG. Apabila aku menonton kuda kepang itu ia sungguh menarik dan ia menarik ramai perhatian orang. Aku suka akan tarian kuda kepang itu. Penari-penari dalam kumpulan itu amat lembut ketika mereka menari. Saya minati kumpulan kuda kepang itu.

Pada entri yang selanjutnya aku akan menunjukkan gambar-gambar kuda kepang iaitu kumpulan prabu anggerik merah gejulong.....











Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT


Hari Keharmonian Kaum....

Pada 21 Julai 2010,hari ini di sekolah saya menyambut Hari Keharmonian Kaum. Pelajar-pelajar dan guru-guru mereka berpakaian tradisional. Ada pelajar-pelajar dan guru-guru melayu berpakaian baju tradisional cina dan india dan begitulah sebaliknya bagi kaum pelajar-pelajar dan guru-guru cina dan india. Di sekolah saya, mereka mengadakan pesta hari keharmonian kaum. Dalam pesta itu, ada sebuah kumpulan "band" sekolah saya mereka memainkan alat muzik itu. Lagu-lagu yang dimainkan oleh mereka amat hebat. Ada pelajar-pelajar juga yang menari. Apabila mereka menari, ia menarik perhatian pelajar-pelajar dan guru-guru yang lain.

Hari Keharmonian Kaum adalah hari untuk semua kaum menyambut bersama-sama. Ini kerana pada hari ini kita dapat mempelajari dan mengetahui tentang budaya kaum-kaum yang lain.Hari Keharmonian Kaum bagi saya ialah untuk mengingatkan kami Rakyat Singapura bahawa negara kami ini diperbuat oleh berbagai-bagai kaum. Hari ini juga untuk mengingatkan kami supaya saling menghormati kaum-kaum lain dengan agama mereka yang tersendiri. Singapura ini istimewa. Hari ini juga, membuat kami mengimbas kembali sejara yang telah berlaku. Pergadohan antara kaum melayu dan kaum cina dahulu. Singapura telah maju selama ini. Kita harus hargai negara dan dunia yang kami ada. Saling hormati satu sama lain adalah satu perkara yang penting bagi kita Rakyat Singapura.

Hari Keharmonian Kaum yang akan diraihkan di semua sekolah di Singapura pada tarikh 21 Julai.Pada Hari Keharmonian Kaum, pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah digalakkan berpakaian kaum lain.Seperti kaum Melayu,mereka berpakaian tradisonal Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India.

Tarikh 21 Julai dipilih sebagai hari keharmonian kaum kerana pada 21 Julai tercetus rusuhan kaum yang mengerikan yang menggugat keamanan negara Singapura.

Pada Hari Sukan Keharmonian Kaum ,para pelajar-pelajar diperkenalkan pelbagai permainan tradisional pelbagai kaum. Ia mengukuhkan keharmonian kaum di sekolah-sekolah dan memperkenalkan budaya melalui permainan tradisional kaum masing-masing. Program tersebut itu boleh ada aktiviti-aktiviti seperti bidang memasak, permainan tradisional seperti sepak takraw, layang-layang dan sebagainya.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI PERTAMA

Pandangan tentang Budaya Melayu.....

Aku bangga menjadi anak melayu. Aku ingin tahu tentang semua budaya melayu yang terdahulu dan terkini. Budaya Melayu ialah sesuatu yang menarik untuk kita belajar. Budaya Melayu menarik kerana ia ada Kesenian, Adat Resam, Pakaian/Busana, Pantang Larang, Penulisan Kreatif,Persembahan Seni, Makanan/Muzik/Permainan Tradisional dan Istiadat Perkahwinan/Pertabalan Raja.


Perasaan aku tentang pertandingan ialah pada mulanya aku tidak suka masuk pertandingan blogging ini kerana aku malas membuatnya tetapi aku terpaksa membuatnya. Lama-kelamaan, aku minat dengan pertandingan ini lalu aku lanjutkan entri-entri yang lain.


Dua aspek yang aku tumpu ialah Persembahan Seni dan Muzik Tradisional Melayu.


Kalau anda semua di sana tidak sabar untuk tahu selanjutnya anda langsung pergi ke entri kedua aku.

Tuesday, July 6, 2010